LAMAN UTAMA FAUZAN

   PATUH PADA NASIHAT IBU BAPA

   Adik-adik, patuh pada nasihat ibu bapa tergolong sebagai salah satu daripada sikap taat kepada ibu bapa.

Sikap ini merupakan nilai murni yang terpuji.

Sikap ini seharusnya sentiasa menjadi amalan dalam sepanjang hidup adik-adik.

      

 

    Mengapakah Kita Harus Patuh Pada Nasihat Ibu Bapa?
  1. Agama mengajar kita supaya sentiasa patuh pada nasihat ibu bapa.
  2. Perbuatan tidak mematuhi nasihat ibu bapa tergolong sebagai perbuatan menderhakai ibu bapa.
  3. Setiap ibu bapa sangat menyayangi anak-anaknya dan ibu bapa akan memberikan nasihat yang baik dan berguna.
  4. Ibu bapa sama sekali tidak akan memberikan nasihat yang buruk dan tidak berguna kepada anak-anak.
  5. Nasihat ibu bapa boleh dijadikan pedoman untuk mendapatkan kebaikan, kejayaan, dan kebahagiaan dalam hidup.
  6. Nasihat ibu bapa dapat mengasuh kita menjadi orang yang berakhlak mulia.
  7. Ibu bapa akan berasa bangga dan bersyukur kepada Tuhan kerana mempunyai anak yang taat dan berakhlak mulia.

   Oleh yang demikian, adik-adik mestilah sentiasa patuh pada segala nasihat ibu bapa. Dengan demikian, adik-adik akan menjadi anak yang berakhlak mulia. Seterusnya pula, adik-adik akan memperoleh kebaikan dan kejayaan dalam hidup ini.

 

    Apakah Faedah-faedah Yang Dapat Kita Peroleh Daripada Nasihat Ibu Bapa?
  1. Kita akan dikasihi dan sentiasa diberkati oleh Tuhan.
  2. Kita akan diberikan pahala yang amat besar oleh Tuhan dan memperoleh balasan baik.
  3. Hidup kita akan mendapat kebaikan, kejayaan, dan kebahagiaan.
  4. Kita akan menjadi orang yang sentiasa berakhlak mulia.

 

    Apakah Kesan-kesan Buruk Sekiranya Tidak Mematuhi Nasihat Ibu Bapa?
  1. Tergolong sebaagai anak yang menderhakai ibu bapa.
  2. Berdosa dan mendapat balasan azab daripada Tuhan.
  3. Melukakan hati ibu bapa kerana enggan taat pada nasihat mereka.
  4. Menjadi orang yang tidak berakhlak mulia.

PETIKAN DARIPADA ZOOM-A 

Make a Free Website with Yola.